WEB BLOG
this site the web

Artikel Terbaik Awang Selamat

apabila Anwar bersuara isu Palestin, pelaksanaan hukum hudud...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim antara pemimpin pembangkang yang aktif menyampaikan ceramah pada kempen pilihan raya Kuala Terengganu bagi membantu calon Pas.

Bertempat di Kampung Tanjung Kapur pada malam Selasa lalu, Anwar memulakan ucapan dengan memberitahu para hadirin bahawa beliau baru pulang dari Turki dan mendakwa berada di sana kerana diminta sedikit sebanyak membantu mencari jalan menghentikan keganasan Israel terhadap Palestin.

Sebab itu jugalah kata Anwar, beliau tidak dapat hadir penamaan calon pada sebelah pagi disebabkan kehadirannya di negara berkenaan diperlukan oleh sahabat-sahabat di Turki untuk berhubung dengan Hamas berkaitan isu tersebut.

Awang tidak mahu mempersoalkan apa yang beliau katakan meskipun ada wajah-wajah yang kelihatan berkerut seakan meragui tentang peranannya itu. Menurut seorang pengendali blog yang turut mendengar ceramah tersebut, Anwar memang berkebolehan menampakkan dirinya amat relevan dan penting dalam semua situasi termasuk apa yang berlaku di Palestin.

Beliau bijak untuk memanfaatkan sesuatu isu untuk kepentingan politiknya. Para pemimpin Pas juga tahu hal ini tetapi mereka juga amat memerlukan sentuhan Anwar dalam pilihan raya kecil itu. Apatah lagi dalam Pas sendiri sekarang, wujud satu puak yang diketahui begitu pro Anwar atau apa yang dipanggil Pas Erdogan.

Seperti yang dijangka, Anwar kemudian mengaitkan apa yang berlaku di Palestin dengan politik di Malaysia. Beliau mendakwa Hamas, yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Palestin dan dianggap berani adalah umpama pakatan pembangkang di negara ini yang sedang menggerakkan pembaharuan. Sementara Fatah dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dikatakan korup, adalah seperti UMNO.

Seperti biasa berdegar-degarlah Anwar berucap menyokong segala pandangannya berkaitan isu Palestin. Tetapi kalau tidak silap Awang, dalam Anwar turut mengutuk keras kekejaman Israel, tiada langsung beliau menyentuh tentang Amerika Syarikat (AS) yang sentiasa melindungi keganasan rejim Yahudi. Awang tidak pasti mengapa tetapi sebahagian hadirin pasti tertanya-tanya kerana AS sebenarnya adalah paksi kejahatan di belakang Israel.

Tetapi hal yang lebih mendapat perhatian dalam ceramah tersebut ialah beliau akhirnya bersuara setelah agak lama membisu dalam isu pelaksanaan hudud dan qisas.

Di atas pentas yang dihadiri para pemimpin utama Pas dan disaksikan ramai penyokong parti itu, Anwar berkata, PKR tidak akan menolak hudud. Tetapi penjelasannya itu dilihat tidak begitu menyakinkan seolah-olah beliau tidak bersedia mengambil pendirian yang lebih jelas. Ramai penyokong Pas sebenarnya mengharapkan kenyataan yang lebih tegas dan kukuh daripada Anwar bagi menyokong pelaksanaan hukum hudud. Mungkin Anwar tidak dapat memenuhi harapan mereka kerana beberapa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan pemimpin bukan Melayu PKR turut hadir pada majlis ceramah itu. Seperti yang menjadi persepsi ramai, Anwar biasanya mempunyai beberapa versi pendirian dalam sesuatu isu sebagai muslihat politik. Jika beliau berada di pentas ceramah DAP, apakah beliau akan menyatakan pendirian yang sama sebagaimana dengan Pas dalam isu hudud?

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

1 comments:

once_speed said...

aku hanya peminat politik..yang cuba utk memahami cara kerja pemimpin kita..kesimpulan..terlalu banyak kata2 dari kerja

Post a Comment

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies